Mengapa harus berhenti merokok?
Merokok memberi keburukan kepada semua individu Ia tidak memberi kebaikan kerana:
- Merokok memberi kesan buruk kepada orang di sekeliling anda terutama ahli keluarga.
- Ibu yang mengandung boleh melahirkan anak tidak cukup bulan, kurang berat badan atau mati selepas lahir.
- Sering sakit dengan mengalami batuk-batuk, selsema serta jangkitan telinga, hidung dan tekak.
- Mengalami perkembangan paru-paru yang lemah.
- Mendapat asma.
- Panjang umur - Satu dari dua perokok akan mati lebih awal disebabkan penyakit berkaitan merokok. Merokok membunuh hampir 5 ribu rakyat Malaysia setiap tahun.
- Mengelakkan dari bahan-bahan berbahaya - Asap rokok mengandungi hampir 4,000 bahan kimia dan 50 daripadanya boleh menyebabkan kanser.
- Mencegah penyakit - Hampir 40 jenis penyakit yang berkait dengan merokok. Kanser paru-paru, sakit jantung, penyakit paru-paru yang kronik,strok dan ulser di bahagian lapisan kulit perut adalah antara penyakit-penyakit bahaya akibat tabiat merokok.
- Kehidupan yang lebih sihat - Mereka yang tidak merokok kurang mendapat batuk, selsema dan lain-lain penyakit pernafasan berbanding dengan perokok.
- Mencegah daripada mendatangkan keburukan kepada orang lain - apabila anda merokok, ia memberi kesan kepada orang di sekeliling anda, di mana asap rokok tersebut boleh mendatangkan serangan asma dan lain-lain penyakit berkaitan dengan pernafasan.
- Menjadi contoh yang baik terutama untuk keluarga dan anak-anak.
- Meningkatkan tahap kecergasan dan memiliki badan yang sihat.
- Meningkatkan deria bau dan rasa.
- Memiliki gigi yang putih dan nafas yang segar.
- Rambut dan pakaian tidak berbau asap rokok.
- Menjimatkan wang - Labur wang anda berbanding membeli rokok (RM5.00 sehari, pelaburan =RM 150.00 sebulan = RM 1800.00 setahun. Jika anda melabur untuk 10 tahun, anda sudah mempunyai RM18,000.00 dalam akaun simpanan anda).
- Melindungi alam sekitar - Puntung rokok dibuang oleh perokok boleh menyebabkan kebakaran.
- Meningkatkan kesuburan.
- Meningkatkan tahap 'kelakian'.
- Tetapkan tarikh untuk berhenti.
- Yakin dir.i
- Buatkan nota peringatan.
- Katakan pada diri anda "saya bukan perokok".
- Sentiasa berfikiran positif.
- Dapatkan sokongan.
- Gunakan terapi penganti nikotin.
- Amalkan 12M untuk berhenti merokok.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar